Takluki jalanan dengan jentera yang gagah berkuasa. Dengan padanan kerangka tegap, enjin berprestasi dan pengendalian unggul, alami kelincahan tunggangan yang mendahului saingannya.

The Blue Core Engine
Next Generation Engine Technology

EFISIEN

PEMBAKARAN
LEBIH
CEKAP

PENJIMATAN
PETROL

PENGALAMAN
TUNGGANGAN
HEBAT

Sekilas Pandang

Sejak dahulu lagi, Yamaha Motor Co., Ltd. Berusaha membangunkan enjin generasi akan datang untuk kenderaan komuter kota khusus bagi pasaran rantau ASEAN. Justeru, baru-baru ini, Yamaha Motor Co., Ltd. telah menetapkan perkataan "BLUE CORE" yang mewakili idea dan hala tuju pembangunan enjin untuk model-model di pasaran yang dimaksudkan.

BLUECORE dibangunkan untuk menepati ciri-ciri enjin generasi masa depan yang berupaya mengoptimumkan keseronokan tunggangan, penjimatan minyak dan mesra alam ke tahap yang seterusnya. Ia merupakan suatu lonjakan teknologi untuk semua komuter kota Yamaha Motor yang akan datang. Berpandukan prinsip utama iaitu menghasilkan “enjin berasaskan kecemerlangan” dengan menumpukan kepada tiga faktor berikut:

EFISIEN

PEMBAKARAN LEBIH
CEKAP

PENJIMATAN
PETROL

PENGALAMAN TUNGGANGAN
HEBAT

Manfaat Utama Pelanggan

Penjimatan bahan api yang lebih baik hasil daripada kecekapan pembakaran dan rekaan yang mengurangkan kehilangan kuasa

Ciri-ciri enjin yang mesra tunggangan dan berprestasi untuk pelbagai persekitaran hasil penggunaan komponen pemacu yang dioptimumkan

Prestasi enjin yang lebih stabil dengan sistem penyejukan baharu, Silinder DiASil dan banyak lagi

Ciri-ciri Teknikal

Enjin ini adalah hasil daripada beberapa projek pembangunan unit enjin yang dilaksanakan di bawah Strategi Platform dan memberi tumpuan kepada ciri-ciri teknikal untuk penambahbaikan seperti di bawah.

Meningkatkan
kecekapan
pembakaran

Meningkatkan
kecekapan
prestasi
penyejukan

Ciri enjin putaran rendah,
tork tinggi dan
transmisi gear tinggi

Mengurangkan
kerosakan
mekanikal

Meningkatkan kecekapan pembakaran

Mencapai nisbah mampatan yang tinggi (11.0: 1) yang menyamai enjin sejukan cecair sambil mengekalkan penyejukan udara

Mencetuskan kesan pusaran golekan yang tinggi dalam kebuk pembakaran untuk julat rpm rendah sehingga julat rpm tinggi

Meningkatkan kecekapan sistem suntikan bahan seperti mengoptimumkan masa nyalaan

Meningkatkan kecekapan prestasi penyejukan

Menggunakan Silinder DiASil yang terbukti sebagai standard industri

Meluaskan kawasan penyejukan dengan penggunaan sirip sejukan yang diatur rapat

Menggunakan penutup rekaan baharu yang dioptimumkan untuk pengaliran udara secara langsung – sistem penyejukan omboh suntikan jet minyak

Ciri enjin putaran rendah, tork tinggi dan transmisi gear tinggi

Julat rpm memberi manfaat kepada penjimatan bahan api dan kecekapan pemacu. Menerusi kombinasi transmisi gear tinggi, ia menyumbang kepada pengunaan bahan api yang lebih ekonomi

Tetapan rpm yang lebih rendah dalam julat kelajuan praktikal meningkatkan tahap ekonomi bahan api, mengurangkan getaran dan memberikan pecutan yang lancar, sekaligus memberi keselesaan dalam perjalanan

Rpm rendah ketika melahu mengurangkan getaran dan bunyi, dan secara langsung menjimatkan penggunaan bahan api sewaktu kesesakan trafik

Mengurangkan kerosakan mekanikal

Reka bentuk silinder 'offset' dan gelang omboh tegangan rendah membantu meminumkan kerosakan mekanikal

Pengunaan lengan 'rocker roller' berkesan mengurangkan geseran, kehilangan upaya galas dan penutup getah (minyak) secara keseluruhan – Kipas penyejuk berprestasi tinggi berfungsi untuk mengurangkan kehilangan kuasa

Rekaan generator rendah rpm mampu mengurangkan kehilangan kuasa.