Sejarah Penubuhan

Sejarah Penubuhan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM)(No Syarikat:46829-P), sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia pada tahun 1978, adalah sebuah syarikat usahasama di antara Hong Leong Industries Bhd dan Yamaha Motor Co., Ltd, Jepun.

Hong Leong Industries Bhd., memegang kepentingan ekuiti majoriti dalam HLYM, adalah sebahagian daripada konglomerat pelbagai, Hong Leong Group of Companies, Malaysia.

HLYM dilantik sebagai pemegang francais rasmi untuk CKD dan CBU motosikal Yamaha dan ATV di Malaysia sejak tahun 1978. Ia melancarkan model jalanan CKD Yamaha yang pertama, RX100 di kilang Shah Alam pada tahun 1979.

Hari ini
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM)

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) HLYM, selepas penggabungan pemasaran dan cabang pengedaran ke dalam satu entiti, berpindah kilang pada tahun 1997, dan kini menduduki kawasan seluas 35.6 ekar di Sungai Buloh, Selangor.

Seluruh kompleks HLYM terdiri daripada satu blok Pejabat Utama, pusat R & D dan 4 kilang yang terlibat dalam penekanan dan pengimpalan bahagian logam, semburan cat, operasi pemasangan, acuan suntikan plastik dan gudang yang dikhaskan untuk pengedaran motosikal CBU.

Pada masa ini, 3 (tiga) moped, 3 (tiga) automatik (skuter) dan 2 (dua) model jalanan sedang dihasilkan dan dipasang di HLYM. Pada dasarnya, motosikal Yamaha adalah untuk dijual di pasaran domestik.

Majoriti enjin dipasang dalam negara dan dibekalkan oleh Hicom Yamaha Motor Manufacturing Sdn.Bhd. HLYM terus melabur dalam teknologi dan peralatan baru untuk memperbaiki produktiviti dan meningkatkan kemahiran pekerja berkaitan pemindahan teknologi dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada jurutera dan perunding YMC.

Menerusi fasiliti pengeluaran baharu yang disiapkan pada tahun 2011, Hong Leong Yamaha Motors berjaya meningkatan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 250,000 unit berbanding sebelumnya pada 180,000 unit sahaja.

Hong Leong Yamaha Motors sentiasa peka terhadap isu-isu yang melibatkan industri dan mengambil bahagian secara aktif menerusi Persatuan Pemasang dan Pengedar Skuter Malaysia (MASAAM), sebuah persatuan pengilang dalam membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan dan pewartaan piawaian baru, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah perniagaan motosikal.

Dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya, HYLM telah menjalankan program-program keselamatan jalan raya secara konsisten melalui Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung pada setiap tahun sejak 13 tahun lepas. Satu lagi program yang dikenali sebagai Yamaha Safety Riding Science (YSRS) mensasarkan pekerja-pekerja kilang dan pelajar dari kolej-kolej dan universiti-universiti. Penglibatan HLYM baru-baru ini sebagai penaja utama untuk Liga Bola SepaK sulung, LIGA 1MCC Hong Leong Yamaha 2012 adalah untuk melibatkan diri dalam pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi di kalangan generasi muda Malaysia dan untuk membantu meningkatkan taraf bola sepak di negara ini.

Hari ini, HLYM juga berbangga berada dalam kedudukan yang unik sebagai pengeluar motosikal di Malaysia dengan pensijilan tiga kali ganda daripada ISO 9002 (Sistem Pengurusan Kualiti) dari SIRIM, Anugerah TPM Kecemerlangan dari JIPM dan ISO 14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) dari SGS Malaysia / SGS UK.